Falsafah Sekolah

FALSAFAH SEKOLAH

Sesungguhnya para pendidik yang bertugas di sekolah ini mempunyai pengetahuan, semangat, kemahiran, kecekapan dan kebolehan ikhtisas serta keupayaan profesional untuk memberi pendidikan sempurna, menyeluruh dan bermutu untuk memajukan murid di sekolah ini.

Sesungguhnya, kemudahan-kemudahan yang sedia ada di sekolah ini berserta dengan tenaga pengajar yang ada dapat digembelingkan sepenuhnya untuk memajukan semua murid bagi melahirkan manusia sempurna yang boleh  memberi sumbangan positif kepada bangsa, negara dan agama.

Sesungguhnya, pendidikan adalah proses yang berpanjangan yang memerlukan penglibatan semua pihak iaitu pendidik, ibu bapa, anggota masyarakat dan murid.